Sabtu, 18 April 2020

Cerita Hantu - Penunggu Bukit Gapis


Photo: Penunggu Bukit Gapis  Ramai pemandu diusik ketika melalui puncak bukit ketika senja  KEJADIAN ini berlaku ketika Ramli masih bersekolah lagi tetapi setiap kali melalui jalan itu, walaupun ketika ini usianya sudah menjangkau 50 tahun, hatinya tetap berdebar-debar dan memecut laju jika memandu berseorangan di jalan menghala ke Kampung Nyalas, Melaka ketika menuruni atau mendaki Bukit Gapis.  Laluan itu yang keadaannya hampir sama sejak 50 tahun lalu dengan semak samun di kiri kanan jalan dan tiada rumah orang menjadikannya sunyi sepi, apatah lagi jika melaluinya ketika senja sudah pasti menaikkan bulu roma. Sudah banyak cerita seram didengar Ramli mengenai laluan betul-betul di puncak Bukit Gapis, termasuk ada perempuan tua menunggu di tepi jalan, ada lembaga mengikuti kereta atau motosikal, malah ada cerita pontianak menumpang kereta atau bas yang kosong.  Malah, heboh cerita mengenai pemandu bas, Pak Ngah Din (kini Allahyarham) dan Bok Ngam, kedua-duanya pemandu bas Chin Chook diusik lembaga perempuan ketika pulang dari Nyalas menuju ke Bukit Senggeh atau Selandar ketika bas kosong yang dipandu mereka terhenyut-henyut mendaki Bukit Gapis.  Heboh satu Jasin mengenai cerita itu, dan ceritanya menjadi semakin menyeramkan apabila ditokok tambah penceritanya. Yang peliknya, ia tidak pernah diceritakan sendiri Pak Ngah Din atau Book Ngam kepada sesiapa, tetapi penemuan hantu itu sudah tersebar luas.  Ramli ketika kejadian sudah menetap di sebuah Felda di Pahang bersama keluarganya tetapi mengetahui cerita mengenai ‘kerasnya’ laluan di Bukit Gapis. Setiap dua bulan sekali dia akan balik ke kampungnya di Jalan Lama untuk meninjau ibu bapanya yang sudah tua, selain mengunjungi bapa mentuanya di Air Barok yang selalu sakit.  Ramli ketika di kampung tidak seaktif di Felda. Dengan sedikit pengetahuan agama, ditambah dengan kenakalannya ketika muda suka mencari ilmu pendinding daripada gangguan makhluk halus, dia disegani di Felda kerana memiliki kebolehan berubat, sekali gus dilantik menjadi imam di kariahnya.  Banyak kes gangguan makhluk halus berjaya ditanganinya, apatah lagi kawasan penempatannya di Felda baru saja dibuka yang satu ketika dulu kawasan yang diduduki mereka hutan tebal yang pastinya menjadi kediaman pelbagai makhluk halus, termasuk hantu, pontianak, polong.  Entah apa yang difikirkan Ramli pada hari itu, tiba-tiba saja dia teringatkan kampung di Jalan Lama dan hatinya melonjak-lonjak mahu balik, padahal ketika itu jam sudah menunjukkan 12 tengah hari. “Yusop, ikut aku balik kampung,” desak Ramli ketika sedang minum bersama Yusof, rakan sebloknya di kedai kopi Maah. Yusof bukan sekadar jiran sebelah rumah, malah dia juga berasal dari Melaka, menyebabkan kedua-duanya agak rapat.  “Hari dah tengah hari ini, perjalanan kita ambil masa enam jam... bukan dekat dari Jengka nak ke Melaka,” kata Yusof seolah-olah membantah hasrat kawan baiknya itu.  Tanpa sebarang jawapan, Ramli bingkas bangun dan menghidupkan enjin motosikalnya sambil berkata: “Aku tunggu kau jam 2 petang, bersiap ajelah.”  Mereka bertolak menaiki kereta Ramli selepas solat Zuhur dan berhenti beberapa kali untuk merehatkan otot sambil minum kopi, kononnya supaya mata tidak mengantuk.  Perjalanan dari Temerloh merentasi Kemayan, Serting, Bahau sehingga ke Air Kuning benar-benar memenatkan. Sebaik memasuki Nyalas, muka Ramli kelihatan ceria tetapi  sentiasa melihat jam tangannya.  “Kenapa dengan kau ni, dari tadi aku tengok asyik tengok jam. Ada sesiapa tunggu kau ke di kampung. Setengah jam lagi kita sampailah,” kata Yusof. Ketika itu jam sudah menunjukkan 7.30 petang.  Sebaik kereta mereka menghampiri Bukit Gapis dan terhenyut-henjut mendakinya, Ramli sudah merasai sesuatu dan bulu romanya tegak berdiri tetapi dia hanya mendiamkan diri.  Sebaik sampai di puncak bukit, enjinnya mati tanpa sebab. Yusof yang mungkin tidak tahu di situlah Bukit Gapis tiba-tiba merungut.  “Dah nak sampai mulalah nak buat hal,” katanya yang meminta Ramli menolak kereta itu sambil dia memulas stereng.  “Beratnya kereta ni... kau tolak ke tidak,” kata Yusof dengan nada merungut.  Ketika menolak kereta itu ke tepi, Ramli sudah nampak kelibat wanita berambut panjang di tempat duduk belakang keretanya, sedangkan mereka berdua saja ketika itu.  “Yusof...kita hisap rokok dulu, tunggu enjin sejuk, lepas tu oklah kereta ni,” kata Ramli yang mahu menyembunyikan perkara itu daripada rakannya bagi mengelakkannya takut. Hampir 10 minit mereka berhenti, namun tiada satu pun kenderaan melalui kawasan itu.  Ramli mati akal bagaimana mahu mengatasinya. Jika sebelum ini dia hanya mendengar cerita, kini dia mengalami sendiri.  Puas dia membaca pelbagai ayat al-Quran yang diketahuinya, namun penumpang tidak diundang itu tetap enggan pergi. Akhirnya dia membuka pintu kiri penumpang belakang kereta dan berbisik perlahan-lahan yang bunyinya seperti memujuk seseorang.  Dari jauh, Yusof memerhatikan kelakuan Ramli yang dilihatnya agak aneh tetapi tidak mengganggunya. Kali ini dia melihat Ramli membuka pintu sebelah kanan pula seolah-olah mengajak seseorang turun dari kereta itu.  Tiba-tiba Ramli dengan suara tinggi meminta Yusof menghidupkan kereta.  “Enjin dah sejuk tu, bolehlah kita jalan,” katanya yang kelihatan seolah-olah mahu Yusof segera pergi dari situ.  “Apahal dengan kau ni,” bentaknya sambil segera menghidupkan enjin dan pergi dari situ.  “Kalau aku cerita sekarang, gerenti kau tak boleh bawa kereta. Nanti sampai di kampung, aku beritahu,” kata Ramli yang sekejap-sekejap menoleh ke belakang dan mengintai melalui cermin.  Malam itu, Yusof tahu cerita sebenar dan menyumpah Ramli kerana tidak memberitahunya di situlah Bukit Gapis. Itulah kali pertama dan terakhir Ramli melihat lembaga di situ kerana sejak itu dia akan memastikan hanya melalui jalan itu sebelum senja dan selepas Maghrib.
 
Ramai pemandu diusik ketika melalui puncak bukit ketika senja

KEJADIAN ini berlaku ketika Ramli masih bersekolah lagi tetapi setiap kali melalui jalan itu, walaupun ketika ini usianya sudah menjangkau 50 tahun, hatinya tetap berdebar-debar dan memecut laju jika memandu berseorangan di jalan menghala ke Kampung Nyalas, Melaka ketika menuruni atau mendaki Bukit Gapis.

Laluan itu yang keadaannya hampir sama sejak 50 tahun lalu dengan semak samun di kiri kanan jalan dan tiada rumah orang menjadikannya sunyi sepi, apatah lagi jika melaluinya ketika senja sudah pasti menaikkan bulu roma.
Sudah banyak cerita seram didengar Ramli mengenai laluan betul-betul di puncak Bukit Gapis, termasuk ada perempuan tua menunggu di tepi jalan, ada lembaga mengikuti kereta atau motosikal, malah ada cerita pontianak menumpang kereta atau bas yang kosong.

Malah, heboh cerita mengenai pemandu bas, Pak Ngah Din (kini Allahyarham) dan Bok Ngam, kedua-duanya pemandu bas Chin Chook diusik lembaga perempuan ketika pulang dari Nyalas menuju ke Bukit Senggeh atau Selandar ketika bas kosong yang dipandu mereka terhenyut-henyut mendaki Bukit Gapis.

Heboh satu Jasin mengenai cerita itu, dan ceritanya menjadi semakin menyeramkan apabila ditokok tambah penceritanya. Yang peliknya, ia tidak pernah diceritakan sendiri Pak Ngah Din atau Book Ngam kepada sesiapa, tetapi penemuan hantu itu sudah tersebar luas.
Ramli ketika kejadian sudah menetap di sebuah Felda di Pahang bersama keluarganya tetapi mengetahui cerita mengenai ‘kerasnya’ laluan di Bukit Gapis. Setiap dua bulan sekali dia akan balik ke kampungnya di Jalan Lama untuk meninjau ibu bapanya yang sudah tua, selain mengunjungi bapa mentuanya di Air Barok yang selalu sakit.

Ramli ketika di kampung tidak seaktif di Felda. Dengan sedikit pengetahuan agama, ditambah dengan kenakalannya ketika muda suka mencari ilmu pendinding daripada gangguan makhluk halus, dia disegani di Felda kerana memiliki kebolehan berubat, sekali gus dilantik menjadi imam di kariahnya.

Banyak kes gangguan makhluk halus berjaya ditanganinya, apatah lagi kawasan penempatannya di Felda baru saja dibuka yang satu ketika dulu kawasan yang diduduki mereka hutan tebal yang pastinya menjadi kediaman pelbagai makhluk halus, termasuk hantu, pontianak, polong.

Entah apa yang difikirkan Ramli pada hari itu, tiba-tiba saja dia teringatkan kampung di Jalan Lama dan hatinya melonjak-lonjak mahu balik, padahal ketika itu jam sudah menunjukkan 12 tengah hari.
“Yusop, ikut aku balik kampung,” desak Ramli ketika sedang minum bersama Yusof, rakan sebloknya di kedai kopi Maah. Yusof bukan sekadar jiran sebelah rumah, malah dia juga berasal dari Melaka, menyebabkan kedua-duanya agak rapat.

“Hari dah tengah hari ini, perjalanan kita ambil masa enam jam... bukan dekat dari Jengka nak ke Melaka,” kata Yusof seolah-olah membantah hasrat kawan baiknya itu.

Tanpa sebarang jawapan, Ramli bingkas bangun dan menghidupkan enjin motosikalnya sambil berkata: “Aku tunggu kau jam 2 petang, bersiap ajelah.”

Mereka bertolak menaiki kereta Ramli selepas solat Zuhur dan berhenti beberapa kali untuk merehatkan otot sambil minum kopi, kononnya supaya mata tidak mengantuk.

Perjalanan dari Temerloh merentasi Kemayan, Serting, Bahau sehingga ke Air Kuning benar-benar memenatkan. Sebaik memasuki Nyalas, muka Ramli kelihatan ceria tetapi

sentiasa melihat jam tangannya.

“Kenapa dengan kau ni, dari tadi aku tengok asyik tengok jam. Ada sesiapa tunggu kau ke di kampung. Setengah jam lagi kita sampailah,” kata Yusof. Ketika itu jam sudah menunjukkan 7.30 petang.

Sebaik kereta mereka menghampiri Bukit Gapis dan terhenyut-henjut mendakinya, Ramli sudah merasai sesuatu dan bulu romanya tegak berdiri tetapi dia hanya mendiamkan diri.

Sebaik sampai di puncak bukit, enjinnya mati tanpa sebab. Yusof yang mungkin tidak tahu di situlah Bukit Gapis tiba-tiba merungut.

“Dah nak sampai mulalah nak buat hal,” katanya yang meminta Ramli menolak kereta itu sambil dia memulas stereng.

“Beratnya kereta ni... kau tolak ke tidak,” kata Yusof dengan nada merungut.

Ketika menolak kereta itu ke tepi, Ramli sudah nampak kelibat wanita berambut panjang di tempat duduk belakang keretanya, sedangkan mereka berdua saja ketika itu.

“Yusof...kita hisap rokok dulu, tunggu enjin sejuk, lepas tu oklah kereta ni,” kata Ramli yang mahu menyembunyikan perkara itu daripada rakannya bagi mengelakkannya takut. Hampir 10 minit mereka berhenti, namun tiada satu pun kenderaan melalui kawasan itu.

Ramli mati akal bagaimana mahu mengatasinya. Jika sebelum ini dia hanya mendengar cerita, kini dia mengalami sendiri.

Puas dia membaca pelbagai ayat al-Quran yang diketahuinya, namun penumpang tidak diundang itu tetap enggan pergi. Akhirnya dia membuka pintu kiri penumpang belakang kereta dan berbisik perlahan-lahan yang bunyinya seperti memujuk seseorang.

Dari jauh, Yusof memerhatikan kelakuan Ramli yang dilihatnya agak aneh tetapi tidak mengganggunya. Kali ini dia melihat Ramli membuka pintu sebelah kanan pula seolah-olah mengajak seseorang turun dari kereta itu.

Tiba-tiba Ramli dengan suara tinggi meminta Yusof menghidupkan kereta.

“Enjin dah sejuk tu, bolehlah kita jalan,” katanya yang kelihatan seolah-olah mahu Yusof segera pergi dari situ.

“Apahal dengan kau ni,” bentaknya sambil segera menghidupkan enjin dan pergi dari situ.

“Kalau aku cerita sekarang, gerenti kau tak boleh bawa kereta. Nanti sampai di kampung, aku beritahu,” kata Ramli yang sekejap-sekejap menoleh ke belakang dan mengintai melalui cermin.

Malam itu, Yusof tahu cerita sebenar dan menyumpah Ramli kerana tidak memberitahunya di situlah Bukit Gapis. Itulah kali pertama dan terakhir Ramli melihat lembaga di situ kerana sejak itu dia akan memastikan hanya melalui jalan itu sebelum senja dan selepas Maghrib.



Sumber