Pengalaman-Pengalaman Seram Teman Di Perak
Saya Mohd Juzaili dari Kuala Kangsar, Perak ingin menceritakan pengalaman-pengalaman seram saya ketika sebelum berkahwin. Yang peliknya selepas berkahwin tiada lagi gangguan makhluk halus…
Saya akan menceritakan salah satu pengalaman seram saya. Cerita ini berlaku dua tahun yang lepas. Saya ini dahulu suka pulang lewat malam. Kadang-kadang pukul 2 pagi, 3 pagi baru pulang ke rumah. Pada waktu itu saya tinggal bersama ibu. Ibu saya memang tidak ada alasan untuk memarahi saya kerana walaupun saya balik lewat pagi, bila tiba waktu untuk solat Subuh, saya akan bangun dan solat.
Cerita ini bermula ketika saya hendak menghantar kawan baik saya, Faiz, pulang ke rumahnya sekitar pukul 2:30 pagi. Bila dia dah sampai di rumahnya, dia bertanya kepada saya. “Jue kamu pulang ikut jalan mana?” Dia saja bertanya kepada saya kerana dia tahu saya akan ikut jalan pintas lalu ikut tanah perkuburan Islam di kampung saya yaitu tanah perkuburan “Kampung Talang”. Jalan kawasan tanah perkuburan “Kampung Talang” tersebut dulu memang sunyi tiada siapa-siapa yang berani lalu melainkan adik-beradik saya sahaja yang selalu lalu pada waktu siang atau malam.
Saya jawab dengan kawan saya, “Nak ikut jalan biasalah… (jalan kubur)”
Faiz: “Jue kamu balik nanti hati-hati jangan ada benda ikut duduk belakang motor kamu. Tengoklah nanti kamu lalu situ jangan sampai motor kamu rosak pulak… Hahaa aku gurau jer…” Kawan saya sahaja nak kenakan saya.
Saya: “Perrrrhhh!!! Kamu ni mulut!!! Alahh Insya-Allah takde apa-apa punya. Aku dah 26 tahun lalu kat situ tak jumpa apa-apa punya! Motor pun takkan buat hal kerana aku baru hantar servis tempohari…” Tetapi pada awal pagi itu, hati saya terasa goyah sedikit, entah tak tahu mengapa.
Sewaktu saya dalam perjalanan pulang balik ke rumah, hujan tiba-tiba turun dengan lebat tepat pada pukul 3:00pagi. Badan saya dah basah kuyup dan terasa amat sejuk. Bila saya melalui tanah perkuburan tersebut, yang membuatkan saya takut sangat apabila tiba-tiba enjin motor saya mati di tengah-tengah tanah perkuburan. Saya cuba nak hidupkan enjin tapi tidak berjaya. Saya cuba lihat enjin dan minyak, semua dalam keadaan baik. Saya cuba hidupkan enjin berkali-kali tapi tidak berjaya. Waktu saya cuba hidupkan enjin motor di tengah-tengah kawasan tanah perkuburan tersebut dalam keadaan hujan lebat, tiba-tiba bulu roma saya naik dengan sendirinya.
Apa lagi saya tolak motor keluar dari kawasan tersebut. Apa yang menakutkan, motor saya terasa berat sangat, macam ada orang tengah duduk di atasnya, sedangkan pacuan dalam keadaan dilepaskan. Sejak itu, saya baru perasan macam ada kelibat di belakang saya. Saya pun tidak berani pandang belakang. Saya cepat-cepat baca Ayat Kursi. Baru motor dapat ditolak dengan laju.
Apa lagi, saya lari sambil tolak motor. Bila saya dah nak sampai keluar kawasan tanah perkuburan tersebut, saya cuba hidupkan enjin lagi, tapi tidak berjaya. Saya cuba lagi sekali lagi tapi dengan niat jika ini benar adalah gangguan dari syaitan, dengan izin Allah saya baca Ayat Kursi ini dapatlah dijauhi daripada gangguan syaitan. Habis saja membaca Ayat Kursi, terus sahaja motor dapat dihidupkan. Alhamdulillah, apa lagi, terus cabut dan tekan minyak sampai habis. Syukur saya selamat sampai ke rumah.
*************************************************************
Selepas beberapa minggu pula, saya terima gangguan di rumah pula. Di atas siling bilik saya macam ada benda sedang mencakar, tapi kadang-kadang bunyi guli jatuh di atas siling. Masalahnya, ini rumah kampung, bukan flat atau kondo. Gangguan ini tidak kisah siang atau malam, bila saya balik mesti berbunyi.
Mak saya nak sedapkan hati saya berkata, “Alah itu kucing atau ayam atau tupai yang duduk mencakar atas siling tu…” Habis tu, bunyi guli datang dari mana pulak? Saya nak sedapkan hati saya waktu tengah bunyi bising-bising tu saya terus menyelak siling tapi tiada apa-apa pun di atas. Lagi membuat saya risau, tapi gangguan ni hilang setelah beberapa bulan. Saya rasa dah lali dengan bunyi tersebut dan tak risau sangat. Sehingga kini tiada apa-apa bunyi di atas siling bilik saya.
****************************************************************
Ini ada lagi sebuah pengalaman saya ketika saya pulang dari melawat tunang saya di universiti pendidikan xxxx. Saya pulang dari melawat tunang saya hampir pukul 11:30 malam ikut Lebuhraya PLUS dari arah Tanjung Malim nak balik ke Kuala Kangsar. Saya pandu kereta seorang diri. Nak dijadikan cerita, jam pun dah masuk pukul 12 tengah malam. Oleh kerana saya keluar awal pagi pulang lewat malam, badan saya pun rasa dah penat sangat. Mata pun dah rasa mengantuk sangat. Kadang-kadang rasa nak terlelap pun ada.
Ini tak boleh jadi, tempat hentian untuk berehat kebanyakannya sunyi bila tiba waktu malam kecuali Hentian Tapah. Tempat itu ramai orang berehat sebentar, selamat sedikit tapi lagi setengah jam sampai, terpaksa saya tahan mata ni. Saya cuba hilangkan rasa mengantuk dengan memutarkan lagu kuat-kuat sambil menyanyi. Tahu-tahu saya dah terlelap sambil pandu kereta. Kaki kanan tekan minyak, bawa kereta memang laju. Apabila tersedar, saya hampir terlanggar belakang sebuah lori.
Alhamdulilah umur saya panjang lagi murah rezeki lagi. Selepas itu mata saya hilang rasa mengantuk. Saya baru teringat waktu saya tertidur tadi saya rasa ada orang gerak saya pegang tengkuk saya dari belakang. Tapi saya ingatkan itu hanyalah mimpi. Tak lama kemudian waktu saya pandu kereta ada orang pegang tengkuk saya dari belakang. Meremang bulu roma saya. Kemudian dilepaskan.
Saya cakap dalam hati saya sekarang saya bukan bermimpi. Memang ada orang yang pegang tengkuk saya dan saya lihat cermin belakang memang ada lembaga samar-samar saya lihat. Saya pun tak berani lihat cermin belakang. Sekali lagi tengkuk saya dipegang sambil itu saya baca Ayat Kursi dan Alhamdulillah tiada gangguan sehingga tiba di Hentian Tapah. Saya tidur sampai ke Subuh kerana terlalu penat sangat dan rasa takut-takut ada gangguan lagi.
Kalau ikutkan gangguan terakhir saya terjadi selepas nikah dengan isteri saya. Hari pertama isteri saya pulang ke rumah emak saya, dia sudah terkena gangguan. Tapi diringkaskan cerita, kami pergi mencari rawatan secara Islam, Alhamdulillah dah dua tahun tiada sebarang gangguan…

@Rena_issance